Skip to content

Pengenalan

MAKTABAH AL-IHYA’ ditubuhkan sebagai pusat keilmuan yang menggabungkan fungsi sebagai: Pusat sumber, pusat perbahasan dan penyelidikan, dan pusat pembangunan ilmu turath Islam. 

Setakat ini, ianya mengkhususkan untuk pusat pengembangan ilmu-ilmu berkaitan Usuluddin (Tauhīd) Tasawwuf, dan Thabat (ilmu-ilmu Sanad) dan Muhammadiyyāt. Dalam erti kata yang lain, Maktabah Al-Ihya’ ditubuhkan sebagai Usuluddin Center.

Maktabah Al-Ihya’ diselia dan dibimbing oleh penyelia kehormat, al-Syeikh al- Syarif Yusuf bin Muhyiddin al-Bakhour al-Hasani dari Lubnan. Ia dipimpin oleh wakil beliau, al- Fadil al-Ustaz Raja Ahmad Mukhlis bin Raja Jamaludin al- Azhari.

Maktabah al-Ihya’ menyediakan bahan-bahan bacaan dalam bidang ilmu-ilmu Islam, terutamanya dalam bidang aqidah, tasawwuf, Muḥammadiyyāt, dan sanad- sanad keilmuan Islam, merangkumi pelbagai bahasa, terutamanya Bahasa Arab, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.

Bahkan, ia juga menjadi tempat penyelidikan dan perbincangan ilmiah sesama para ilmuwan dalam bidang agama bagi membahaskan tentang isu-isu semasa yang melibatkan agama Islam.

Di samping itu juga, ianya dijadikan tempat untuk melatih para mahasiswa untuk membuat penyelidikan ilmah, memahami ilmu-ilmu agama yang asas serta membimbing para peserta untuk memahami karya para ulama’ Islam.

Selain daripada ianya sebagai pusat sumber dan pusat penyelidikan, ianya juga menyediakan kelas-kelas bimbingan dan kursus-kursus intentsif bagi mendekatkan masyarakat ilmuwan kepada khazanah keilmuan warisan para ulama’ Islam silam.

 

 

 

 

Dasar keilmuan

Dasar keilmuan Maktabah Al-Ihya’ adalah berteraskan kerangka Ahli Sunnah wal Jamā’ah iaitu :-

Pertama: Aqidah mengikut kerangka mazhab Ahli Sunnah wal Jama’ah, iaitu mazhab al-Asy’ari dan al-Māturīdi, serta yang bersesuaian dengannya.

Kedua: Syariah (Fiqh) mengikut kerangka mazhab fiqh yang muktabar dalam kalangan Ahli Sunnah wal Jama’ah, iaitu Mazhab Ḥanafi, Māliki, Syāfi’ī, dan Ḥanbali.

Ketiga: Tazkiyyah (Akhlak) mengikut kerangka manhaj (metodologi) Tasawwuf yang muktabar dalam kalangan Ahli Sunnah wal Jama’ah, iaitu manhaj al- Junaidi dan manhaj al-Ghazāli. 

Kegiatan keilmuan

Antara kegiatan-kegiatan ilmiah yang dilaksanakan di MAKTABAH AL-IHYA’:

Pengajian Umum – Maktabah al-Ihya’ menjalankan pelbagai pengajian ilmu-ilmu agama yang asas, terutamanya, Aqidah, Fiqh, dan Tasawwuf, kepada masyarakat awam, secara percuma.

Pengajian Khusus – Maktabah Al-Ihya’ juga, dengan kerjasama di bawah Akademi Al-Ihya’, mengadakan pengajian-pengajian sijil pengkhususan dalam bidang Ilmu Kalām (Aqidah) dan Tasawwuf.

Perbahasan Ilmiah – Maktabah Al-Ihya’ juga menjalankan pelbagai majlis perbahasan-perbahasan Ilmiah, terutamanya berkaitan dengan Aqidah, Tasawwuf, dan Muḥammadiyyāt. Ianya melibatkan penyertaan ramai ilmuwan yang dijemput, yang berkeahlian dalam bidang masing-masing.

Penerbitan dan penerbitan ilmiah – Maktabah Al-Ihya’ turut menjalankan pelbagai aktiviti-aktiviti penyelidikan ilmiah, serta menerbitkannya untuk disebarkan sama ada kepada masyarakat awam, ataupun kepada ahli ilmu.

 

 

Kegiatan keilmuan

Bacaan Khutub Sittah

• [1 – 11 Julai 2011] Bacaan Kitab Ṣaḥīḥ al-Bukhari yang dipimpin oleh al-Fadhil al-Muhaddith al-Syeikh Muhammad ‘Awadh al- Manqush.

• [18 – 26 Mei 2012] Majlis Bacaan Kitab Jāmi’ al-Tirmizi yang dipimpin oleh al- Fadhil al-Muhaddith al-Syeikh Muhammad ‘Awadh al-Manqush dengan kerjasama Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), yang bertempat di Masjid al-Azhar, KUIS.

• [28 Mei – 10 Jun 2012] Majlis Bacaan Kitab Ṣaḥīḥ Muslim yang dipimpin oleh al- Fadhil al-Muhaddith al-Syeikh Muhammad ‘Awadh al-Manqush.

• [8-18 November 2012] Majlis Bacaan Kitab Sunan al-Nasa’ie yang dipimpin oleh al-Fadhil al-Muhaddith al-Syeikh Muhammad ‘Awadh al-Manqush, dengan kerjasama KUIS, yang bertempat di Masjid al- Azhar, KUIS.

• [24-29 Mei 2013] Majlis Bacaan Sunan Ibn Majah yang dipimpin oleh al-Fadhil al-Muhaddith al-Syeikh Muhammad ‘Awadh al-Manqush dengan kerjasama KUIS, yang bertempat di Masjid al-Azhar, KUIS. 

Bacaan Khutub Sittah

• [11 September 2016] Majlis Periwayatan Kitab Hadith Sahih Abi Daud yang dipimpin oleh al-Fadhil al-Muhaddith al-Syeikh Muhammad ‘Awadh al- Manqush.

• [21-27 Disember 2016] Majlis Bacaan Sunan Ibn Majah yang dipimpin oleh al- Fadhil al-Muhaddith al-Syeikh Muhammad ‘Awadh al-Manqush dengan kerjasama Darul Hasani Shah Alam.

 

 

Galeri

Klik gambar untuk resolusi lebih baik